Hye SAHABAT :)
Thursday, 8 March 2012 ? 0 Atashinchi ?
SAHABAT
# Seindah-indah pendahuluan adalah salam. Sampaikan salam kita kepada sahabat-sahabat kita. Sama ada bertemu atau saat ingin berpisah.
# Seandainya sahabat atau kawan kita ini dikutuk dan dicaci, kitalah yang menjadi pembelanya. Kita seharusnya membantu sahabat kita yang berada dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi dia dikutuk bukan di atas salah yang dilakukannya. Siapa lagi yang harus membela sekiranya bukan ita sebagai sahabatnya? Kalau kita hanya mampu mendengar tanpa berbuat apa-apa, maka terbukti kita bukanlah kawan dan sahabatnya.
# Tipulah kan kalaukita bersahabat takpernah bergaduh atau terasa hati antara satu sama lain. Mungkin ada namun dipendam. Oleh itu, sekiranya berlaku seperti ini, eloklah kita menegur apa yang dirasakan salah dalam perbuatannya dan memohon maaf sekiranya terguris hati dan perasaannya. Mohon maaf lah sekiranya berpisah jauh,kerana mungkin ada perbuatan kita yang tidak disengajakan ada menguris dan membuat dia terasa hati dengan kita. Disebabkan itulah, kata maaf perlu murah dari mulut kita. Cepat meminta maaf dan berterima kasih.
# jangan khianati persahabatan yang telah terjalin. Contohnya, kalau sahabat kita cerita kat kita tentang masalah atau keburukan dia, dan minta rahsiakan. Janganlah pula kita pergi bercerita dekat orang lain. Kita perlu jaga amanah, jaga janji dan jangan dedahkan rahsianya kepada orang lain. Jangan sesekali TIKAM BELAKANG kawan kita.
# Jangan lupa untuk mendoakan sahabat kita. Sebut namanya dalam setiap doa kita. Doa adalah senjata yang paling ampuh untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Doakan apa sahaja kebaikan untuk sahabat anda. Berdoalah kepada Allah agar hubungan kita dan sahabat kita sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama kita.
sampai bila persahabatan kita boleh bertahan .Banyak dugaan yang kena tempuh lagi.Masalah dalam persahabatan pasti akan berlaku dalam persahabatan.Mybe satu hari salah seorang akan buat kesalahan kecil menyebabkan sesuatu persahabatan boleh terputus and mybe jugak aku akan buat kesalahan.Punya mudahnya persahabatan boleh putus kan.And fikir punya berfikir .Sampai bila lah persahabatan kita akan kekal
kan ?